10 Sebab Doa Terhijab...

Dari Shaqiq Al Balkhi : “Diceritakan suatu hari Ibrahim Adham telah keluar berjalan-jalan di pasar Basrah. Kemudian datang orang ramai kepadanya. Kata mereka: “Kami telah berdoa kepada Allah tetapi tidak diperkenankan!”. Kemudian berkata Ibrahim Adham: “Doamu terhijab disebabkan sepuluh perkara”:

1. Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya.
2. Kamu telah membaca Al-Quran (kitab Allah) tetapi kamu tidak mengamalkannya.
3. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu mengikutnya.
4. Kamu mendakwa mencintai Rasul tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
5. Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai syurga tetapi tidak beramal utk mendptkannya.
6. Kamu mendakwa kamu takut kepada neraka Allah tetapi kamu tidak meninggalkan dosa.
7. Kamu mendakwa mati itu datangnya benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
8. Kamu sibuk menceritakan tentang aib orang tetapi kamu lupa aib kamu.
9. Kamu makan rezeki Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya.
10. Kamu mengkebumikan jenazah tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari semua itu.