10 Hadiah Allah Di Dunia...

Kehidupan orang-orang yang bertaqwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah menjanjikan berbagai "habuan". Antaranya :-

1. Sentiasa mendapat petunjuk
2. Diberi penyelesaian daripada masalah
3. Dipermudahkan segala urusan
4. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga
5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
7. Mendapat keselamatan, petolongan dan perlindungan daripada Allah
8. Mendapat kemenangan
9. Terpelihara dari tipu daya musuh
10. Diberikan 'furqan' (petunjuk untuk membezakan yang benar dan yang salah)

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertakwa.

Melembutkan Hati Anak & Suami...

Setiap makhluk ciptaan ALLAH mempunyai roh (perasaan). Termasuklah beras yang ditanak menjadi nasi. Kita boleh menggunakan nasi sebagai perantaraan kita untuk mendapatkan barakah.

Caranya, ketika kita membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawatlah ke atas Rasul junjungan. Kemudian berdoalah, "Ya Allah, dengan berkat selawat kepada junjungan besar-Mu ya Allah, lembutkanlah hati anak ku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi."

Insyallah sekiranya diamalkan secara istiqamah, seisi keluarga akan lembut hatinya dan mudah mendengar kata. Amin

Adakah anda telah berputus asa...?



Adakah kita yang dilahirkan sempurna punya kegigihan yang sebegini...? Fikir-fikirkan lah...

Membentuk Keperibadian...

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya" demikianlah pepatah melayu menerangkan kaedah mendidik anak-anak. la mesti bermula daripada peringkat yang paling muda agar mudah dibentuk peribadi mereka. Ini tidak bermakna mereka yang sudah dewasa tidak boleh lagi dibentukkan peribadinya, tetapi ia mendatangkan kesukaran penerimaan oleh orang tersebut.

Menurut pandangan Islam, pada peringkat usia lima hingga tujuh tahun, anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca,mengira dan berbahasa.

Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya,kanak-kanak yang barn meningkat umur mumayyiz (baru berakal) hendaklah dilatih mendirikan solat.

Seterusnya adab mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:

1) Mendidik anal supaya taat dan beradap kepada ibu bapa.

Timbulkan kesedaran bahawa pengorbanan ibu bapa terhadap mereka amat besar. Mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai ibu bapa. Kesedaran ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa sayang antara ahli keluarga.

2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dano rang yang lebih tua daripadanya.

Guru adalah orang yang ber-tanggungjawab mendidik dan sendiri juga mesti menyampaikan ilmu. Orang yang lebih tua adalah yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.

3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik.

Anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya. Mereka mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya.

Sebab itu jika ibu bapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan, bukannya dengan bahasa kesat, kasar dan keras.

4) Mengajar anak adab bergaul dengan rakan.

Anak perlu dinasihatkan supaya tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.

5) Mengajar anak adab makan minum yang baik.

Sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah. Sebaiknya anak dilatih dahulu dengan adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.

6) Mengajar anak adab berpakaian.

Pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur termasuk membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur serta doanya.

8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas.

Anak perlu diajar cara membuang air kecil dan besar serta cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala dan membelakangkan kiblat.

Ibu bapa juga mesti mempersiapkan diri sendiri dengan ilmu-ilmu demikian, barulah perkara mendidik anak ini berkesan. Dalam yang sama ibubapa mempraktikkannya dan menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.

Apa Yang Berlaku Kepada Umat Islam Kini...

Hadith ke 5 - “Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi dan Nasrani”

Daripada Abu Sa’id Al=Khudri r.a. berkata : Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :”Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Hadith riwayat Muslim)

Keterangan :

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun ‘cara hidup’ orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru ‘cara hidup’ Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkan kami daripada mereka.

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah

Putaran Masa...

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku...

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku...

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku...

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku...

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siap aku di depan Tuhan ku...

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang...

Jika Syaitan Datang Kepadamu ...

Ada sepuluh pesanan Rasulullah saw yang mengajarkan kita cara mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita .

Mari kita perhatikan pesanan kenabian tersebut dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan :

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesungguhnya makhluk hidup diciptakan untuk mati, dan zuriat dariku (putraku) akan masuk syurga. Dan hal itu membuatku gembira".

2. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah". Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun". Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka katakan kepadanya: "keburukanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".

6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minuman keras!". Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" . Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

Syaitan tidak datang dalam bentuk yg asal tapi dalam bisikan hati yang halus. WASPADAlah dengan bisikan begini...sekadar berpesan pada diri sendiri dan sahabat semua.

Bila Waktu Telah Berakhir...

Bagaimana kau...
Merasa bangga..
Akan dunia yang sementara..?

Bagaimana kah...
Bila semua..
Hilang dan pergi meninggalkan diri mu...?

Adakah Mereka Sudah Berasa Diri Mereka Hebat ...

Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat , masyhur, kaya , tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini.

Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:

1.Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
2.Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor,trojen dan jijik dipandang
3.Memakai subang sebelah bagi lelaki seperti pondan celaka
4.Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
5.Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
6.Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
7.Mentatoo lengan seperti orang kafir menyebabkan air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.
8.Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
9.Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri
10.Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
11.Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
12.Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .

WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.

Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.