Apa Itu Sistem Affiliates...??

Kerana Banyak Berselawat ...

Sufyan as-Sauri ialah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu masa, dia bertemu seorang pemuda yang bercerita tentang satu pengalamannya yang sangat aneh. Menurut pemuda itu, dia bersama ayahnya sedang dalam perjalanan untuk menunaikan haji di Makkah.

Tiba-tiba ayahnya jatuh sakit yang kemudian berakhir dengan kematian.Lebih menyedihkan lagi, wajah ayahnya telah bertukar menjadi hitam legam. Dia benar-benar terperanjat. Tak tahu kenapa jadi begitu. Dan tak tahu apa yang harus dilakukan kerana dia berada di tempat orang. Bimbang juga akan mendapat malu sekiranya hal itu diketahui oleh orang lain.

Akhirnya pemuda menutup mayat ayahnya dengan sehelai kain. Dia menangis teresak-esak. Akhirnya dia tertidur. Dalam tidur dia bermimpi didatangi seorang lelaki yang sungguh tampan serta penampilannya yang nampak gagah. Wajahnya bersinar terang. Pakaiannya bersih dan berbau harum. Lelaki itu bertanya dengan penuh sopan, “Apa masalahmu?”

“Ayahku telah meninggal dunia.”

“Jangan menangis. Semua orang mesti mati,” tegur lelaki tampan itu.

“Tapi wajahnya bertukar menjadi hitam legam.” Lelaki tampan itu menyingkap kain yang menutup mayat lalu mengusap wajah mayat dengan tangannya. Wajah mayat yang hitam legam beransur-ansur bertukar menjadi cerah dan bersih. Malah lebih cerah daripada asalnya. Kemudian menutup semula mayat dengan kain yang sama. Lelaki itu mahu beredar, tetapi lebih dahulu ditanya siapakah dia sebenarnya?

Lalu dia pun memperkenalkan dirinya, “Aku Muhammad… Rasulullah.”

Si pemuda yang bertanya itu tergamam seketika. Kemudian dia tahu juga kenapa ayahnya beroleh rahmat yang begitu besar dari Allah s.w..t. Rupa-rupanya semasa hayat, ayahnya adalah seorang yang sangat rajin berselawat kepada Rasullullah s.a.w.

Demikianlah yang diberitahu oleh lelaki tampan itu. Apabila terjaga daripada tidur, pemuda yang kematian ayah itu segera menyelak kain yang menutupi mayat ayahnya.

Memang benar. Wajah ayahnya tidak hitam lagi. Cerah berseri-seri. Perasaannya ketika itu bercampur-baur antara sedih, terharu dan sungguh gembira.

“Itulah pengalamanku yang cukup luar biasa,” kata pemuda itu mengakhiri ceritanya kepada Sufyan as-Sauri.

“Aku akan turuti jejak almarhum ayahku yang menjadikan amalan gemar berselawat ini sebagai tabiatku.”

Inginkan Pendapatan Sampingan...!!?

Kelebihan Lelaki & Perempuan...

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?

Segenggam Garam...

Dahulu kala, hiduplah seorang lelaki tua yang terkenal soleh dan bijak. Di suatu pagi yang basah, dengan langkah longlai dan rambut kusut masai, datanglah seorang lelaki muda, yang tengah dirundung masalah. lelaki itu tampak seperti orang yang tak mengenal bahagia. Tanpa membuang waktu, dia ungkapkan semua resahnya: impiannya gagal, karier, cinta dan hidupnya tak pernah menemui bahagia.

Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan teliti dan saksama. Ia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas air. Dia taburkan garam itu ke dalam gelas, lalu dia aduk dengan sudu, tenang, bibirnya selalu melirikkan senyuman, "Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya?" pinta Pak tua itu.

"Masin dan pahit, pahit sekali", jawab sang tamu, sambil meludah ke tanah.

Pak Tua itu hanya tersenyum. Ia lalu mengajak tamunya ini berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan beriringan, tapi dalam kediaman. Dan akhirnya sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu. Pak Tua itu, masih dengan mata yang memandang lelaki muda itu dengan cinta, lalu menaburkan segenggam garam tadi ke dalam telaga. Dengan sepotong kayu, diaduknya air telaga, yang membuat gelombang dan riak kecil. Setelah air telaga tenang, dia pun berkata, "Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Saat tamu itu selesai meneguk air telaga, Pak Tua berkata lagi, "Bagaimana rasanya?"

"Segar," sahut tamunya.

"Apakah kamu masih merasakan garam di dalam air itu?" tanya Pak Tua lagi.

"Tidak," jawab si anak muda.

Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk punggung si anak muda. Ia lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan seumpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu anakku, selalu berasal dari bagaimana cara kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan: lapangkanlah dadamu untuk menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai pandangan hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar dari pengalaman itu."

Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat.

"Hatimu anakku, adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan mengubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."

Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar di hari it
lajar di hari itu.

Ingin Belajar Bahasa Arab..??

Keagungan Tuhan....

Apabila Allah menjadikan seseorang lupa pada dirinya sendiri, ia hanya sentiasa terarah mengabai dan membinasakannya...dan apabila Allah lupakan kita, maka tidak bermakna lagi antara hidup dan mati. Semuanya penderitaan belaka...



Bagaimana andainya situasi ini membelenggu hidup kita...?
Fikir-fikirkanlah...

Cara Memakai Cincin...

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu, kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.

Wallahu a'lam

Bateri Lemah...

"Abah - kenapa bateri ni tak hidup bah ...." tanya si anak.

"Bateri tu kena charge ...barulah boleh digunakan" jawab si ayah.

"Kita pun begitu juga... kalau dibiarkan tanpa di"charge" ia akan lemah. " si ayah menyambung.

"Bagaimana kita nak "charge" kan diri kita ayah?" tanya si anak kerana baru pertama kali dengar ungkapan sedemikian rupa.

"Pertama-tamanya kita kena lakukan apa yang wajib dan tinggalkan yang haram. Kemudian kita lakukan yang sunat - mengaji, berpuasa, bersedekah dan seumpamanya" si ayah menyambung lagi.

"Bagaimana tandanya kalau "bateri" kita ini lemah ayah?" tanya si anak.

"Hidupnya sentiasa runsing .... silap sikit nak marah.. hati susah nak terdorong buat yang baik & amat mudah melakukan yang maksiat ..." jawab si ayah ringkas.

"Ohh gitu ...Insya Allah mulai hari ini, Anas tidak akan tinggalkan sembahyang...malahan Anas akan selalu ke masjid. Anas ingat pesan penceramah Tsunami hari itu, orang yang ke masjid masa ombak Tsunami ialah orang yang biasa ke masjid... moga Allah berkati hidup kita ini..." si anak membalas.

Marilah kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini.

Kerana Sebiji Tembikai...

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Akhlak...Ibarat Bunga Di Taman...

AKHLAK adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai.

Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia." (Surah al-Qalam, ayat 4).

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan.

Seseorang yang mempunyai badan sihat, gagah, tampan, menarik, berilmu, kaya atau berpangkat, kalau mempunyai akhlak buruk dan perangai jahat, tidak ubah seperti muka yang cantik, tetapi mempunyai kesan guris luka berpanjangan.

Akhlak mulia atau hina terbit daripada jiwa atau hati. Jiwa seseorang itu saja yang akan menjadi pendorong menggerakkan perbuatan yang baik atau tercela.Dengan mempunyai akhlak baik dan sempurna pada diri seseorang, maka dapatlah kita melahirkan sebuah masyarakat dan bangsa gemilang, terbilang dan cemerlang.Hal ini kerana bangsa yang diasaskan dengan akhlak mulia saja akan dipandang mulia, bahkan boleh mengangkat martabat sesebuah bangsa ke tingkat paling tinggi antara ummah.

Di sinilah terbentuknya masyarakat madani yang mempunyai nilai positif dan mahmudah (terpuji). Setiap pekerjaan, pergaulan, perbuatan, hubungan individu, masyarakat, antarabangsa, kekeluargaan dan negara dijalin atas kesempurnaan akhlak.

Secara tidak langsung ia akan mewujudkan sebuah peradaban luhur bercirikan akhlak kemanusiaan sejagat dan tunduk atas kekuasaan Allah. Tanpa akhlak, manusia akan berbuat sesuka hatinya tidak mengira sama ada dilarang oleh Allah atau melanggar tata susila dan maruah mereka.

Masalah sosial yang semakin kritikal dan kronik dalam masyarakat, terutama golongan remaja pada masa kini disebabkan oleh budaya akhlak yang kian merosot.Mereka mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan Barat yang memang sudah runtuh nilai akhlaknya.

Ajaran Islam tidak pernah menyekat kebebasan dalam melakukan kegiatan kehidupan, tetapi hendaklah melalui batas yang ditentukan oleh syariat.Segala yang dilarang oleh Allah swt mempunyai hikmah yang besar.

Isu keruntuhan akhlak bukanlah suatu perkara yang baru dalam masyarakat kita. Namun apa yang diharapkan adalah kepekaan dan usaha bersungguh-sungguh pada diri individu dan masyarakat dalam menangani masalah generasi muda.

Langkah yang perlu kita lakukan adalah berusaha mencari penawar kepada penyakit sosial untuk memulihkan sindrom yang menyerang generasi muda pada zaman ini.Salah satu cara terbaik adalah pembudayaan akhlak dalam kehidupan seharian.

Keperibadian yang disulami dengan keimanan dan akhlak akan menerbitkan pekerti mulia dan menjamin kerukunan dan kesejahteraan sebuah masyarakat, negara dan antarabangsa.

Lagu Untuk Ibu...

Dimanakah ibu kita berada ketika ini...?



"Our mother is among Allah's greatest gift to us. Let's honour them with love, respect and appreciation and let us not forget them in our prayer"

Buat ibuku...Hjh Jamaeyah Mahmud
Kau sentiasa dalam ingatan...Anakmu ini amat merinduimu...

Lima Tanda Hati Keras Membatu ..

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Hati dan Perasaan Isteri Mudah Dididik Jika…

Seorang lelaki datang bertemu Abdullah Ibnu Masud menceritakan sahabatnya yang bernama Abu Huraij telah bernikah dengan seorang anak gadis. Abu Huraij bimbang jika isterinya itu membenci dirinya...

Lalu Abdullah bin Masud pun berkata, “Kasih sayang itu dari Allah, sedangkan kebencian dari syaitan yang membenci sesuatu yang dihalalkan Allah untuk kalian.”

Kata Abdullah lagi, “Jika ia (isteri yang baru dinikahi) datang kepadamu, maka suruhlah ia solat sunat dua rakaat di belakangmu, dan katakanlah, Ya Allah, berkatilah isteriku untukku. Berkatilah mereka lantaran diriku. Ya Allah, satukanlah kami selama Engkau menyatukan dengan baik dan pisahkanlah kami jika Engkau memisahkan dengan baik.”

Sepasang insan yang dirai mengalirkan air mata kesyukuran setelah berjaya menempuh badai godaan syaitan sebelum bernikah.Pertemuan pasangan yang diijab kabul secara sah didahului dengan sama-sama solat berjemaah dan sujud merafak sembah kepada Allah sebelum menyarungkan cincin ke jari manis isteri mempunyai nilai simbolik tersendiri.

Isteri yang bersedia solat berjemaah dengan suami, sama-sama menadah tangan mengaminkan dengan lafaz doa yang baik-baik dari suami ketika itu hanya mengharap agar dirinya dipimpin sepertimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Ketika itu pelbagai perasaan berbaur dalam diri antara rasa takut, cemas dan mengharap agar dirinya diterima sepenuh hati oleh si suami dengan tidak berbelah-bagi. Memohon agar keaiban diri dan sifat-sifat mazmumah diri dapat dikekang dalam menjaga kesantunan budi di hadapan suami.Itulah saat yang paling berharga buat seorang isteri, juga buat seisi rumah yang menyaksi.

Begitu juga bagi si suami apabila seorang yang dulunya asing kini mengharapkan pimpinan darinya. Ini menuntutnya banyak bersabar dan berhemah dalam menyelami perasaan serta hati budi seorang wanita.Sebenarnya wanita yang lembut peribadinya, tinggi emosinya dan cinta kepada yang seni-seni tidak semestinya sentiasa suka dibelai manja oleh suami sepanjang masa. Sesekali dia mengharap teguran mesra dari seorang suami andai jalannya sudah tersasar agar dapat kembali ke jalan yang lurus.
Juga mengharap agar diperingatkan pada kejahatan nafsu yang perlu dikekang dan ditundukkan menurut hukum Tuhan. Percayalah para lelaki… hati dan perasaan seorang wanita dan isteri akan mudah dididik untuk patuh kepada hukum Tuhan bilamana seorang lelaki sebagai ketua keluarga serius dengan Tuhannya.

10 Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang Bertaqwa...

Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran...

1. Sentiasa mendapat petunjuk
“Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Baqarah: 5)

2. Diberi penyelesaian dari masalah
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar.” (At-Thalaq: 2)

3. Dipermudah segala urusan
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Thalaq: 4)

4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga
“… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At-Thalaq: 3)

5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
“Sesungguhnya Allah menghasihi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 76)

6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
“Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah
“Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa.” (Al-Fussilat: 18)“… dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah: 194)

8. Mendapat kemenangan
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan.” (An-Naba: 31)

9. Terpelihara dari tipu daya musuh
“Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.” (Ali Imran: 120)

10. Diberikan ‘furqan’ (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)
“Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.” (Al-Anfal: 29)

Kepada Mu Kekasih...

Kepada kekasih...
Aku berserah...
Kerana ku tahu...
Kau lebih mengerti...
Apa yang terlukis dicermin wajah ku ini...
Apa yang tersirat di hati bersama amali...

To be a Muslim...

TO BECOME A MUSLIM – BE A MUSLIM
EASY WAY TO PRACTICE ISLAM

It takes 5 minutes to do Subuh prayer
when it takes 1 hour to get ready for office

It takes 2 seconds to say assalamualaikum to your parents,
wife and siblings
when it takes 3 minute to fit your shoes

It takes 5 minutes to wear a scarf
when it takes 20 minutes to do your hair

It takes 15 minutes to do Zuhur
when it takes 45 minutes to have lunch

It takes 15 minutes to do Asar
when it takes 1 hour to be on the phone
with your friends or infront of pc

It takes 15 minutes to read the Quran
when it takes 2 hours to watch hindustan

It takes 7 minutes to do Maghrib
when it takes 1 hours to watch tv news

It takes 2 seconds to say I love you mom,
dad or your wife !
when it takes 30 minutes to argue with

It takes 5 minutes to read a hadith daily
when it takes 60 minutes to read a magazine

It takes 20 minutes to do Isyak
when it takes 45 minutes to get ready
to go to bed or hours to watch midnights

After all, it takes two words to say
`SHUKUR ALHAMDULLILAH'

Selamatkan Palestin...

Sepuluh wasiat...

SEPULUH WASIAT IMAM AS-SYAHID HASAN AL-BANNA

Wasiat 1 : Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.

Wasiat 2 : Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah.

Wasiat 3 : Berusahalah bercakap bahasa, Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

Wasiat 4 : Jangan saudara banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana itu tidak mendatangkan kebaikan.

Wasiat 5 : Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.

Wasiat 6 : Jangan bergurau, kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.

Wasiat 7 : Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.

Wasiat 8 : Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

Wasiat 9 : Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

Wasiat 10 : Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

Kau Yang Satu...

Tanpa kita sedari...perjalanan kita ini sentiasa dipenuhi dengan ujian dan dugaan dariNya. Tiada lain...ianya hanya untuk kita menilai dengan akal pemberianNya akan betapa kerdilnya kita...yang sentiasa inginkan yang terbaik...

Persoalannya adakah telah kita berikan yang terbaik untukNya...??

Hayati lirik lagu ini...



Sesungguhnya Tiada Ertinya Kita Didunia Ini TanpaNya...

Hakikat Taqwa...

Ingat akan 2 perkara & Lupa akan 2 perkara :-

  1. Yang perlu diingat ialah Kebaikan Orang Pada Kita dan Kesalahan Kita Pada Orang.
  2. Yang perlu kita lupakan ialah Kebaikan Kita Pada Orang dan Kesalahan Orang Pada Kita.

Renung-renungkan...

Rahsia Mandi Songsang...

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)

Menjadikan pengamalnya awet muda dan sentiasa segar
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi
Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan